Tuesday 28 February 2017

Filled Under:

Ary Malik meninggal dunia



KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia kira-kira pukul 7.17 malam tadi.

Beliau meninggal dunia di H0spital Ampang akibat kanser 0vari tahap empat yang dihidapinya.

Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga 0rang anaknya, Nurh Z0e Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Tim0r Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Penyakit Ary mula dikesan sejak setahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di H0spital Tunku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Ary dimasukkan ke H0spital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad.


Pada era 1990-an, Ary dikenali dek kepetahannya mengacarakan pr0gram hiburan p0pular iaitu MTV serta Muzik-Muzik. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astr0 pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir. - 


Sumber: UTUSAN 0NLINE





0 comments:

Post a Comment